Fat Babe membuka meja dgn bercerita pengalamannya melawati satu Pusat Siber semasa dia belajar dulu. Menurutnya Pusat Siber yg terletak di Bukit Jambul itu menyediakan satu bilik tertutup kpd penggunanya yg mahu melayari halaman web lucah. Sesuatu yg dia tidak ketemukan lagi di Sabah.
"Di mana la kunun ko study ni?", tanya Ben spt berminat.
"Penang, USM", jawab Fat Babe spontan tanpa sbrg keraguan. Namun, selepas dia melirik mata ke arah ku satu riak tertulis pada wajahnya: ALAMAK-KANTOL!
Terdahulu, Fat Babe ada menceritakan kpd aku yg dia belajar setakat diploma sahaja. Kerana keadaan ekonomi keluarganya dia tidak dpt menyambung pelajarannya ke ijazah walaupun dia sbnrnya layak. Kalau mengikut hikayatnya yg asal, dia belajar di sebuah kolej di KL.
Tanpa mahu kelihatan aku menyedari apa2 aku segera menambah, "Alah kami kan dulu jiran (mcm pernah ku dgr ayat ini). Aku di Kedah, dia di Penang. Sebelah2 je kami..."
Ben dan para hadirin pun ketawa. Fat Babe ketawa, aku pun ketawa. Dlm hati senyap2 aku menyimpan rasa curiga terhadap Fat Babe.
"Ooi na, lain butul urang ini... ", tegur Ben merujuk kpd sebuah skuter yg baharu sahaja berlalu di hadapan kami.
Melihat skuter itu, perasaan curiga terhadap Fat Babe terus diketepikan.
Skuter itu dicat dgn warna merah jambu dan dihiasi pula dgn Hello Kitty - sangat UNIK.
Pemilik skuter itu berhenti tidak jauh dari tpt kami semua lepak. Kami semua teruja utk mengetahui bagaimana rupanya pemilik skuter itu. Alangkah terkejutnya kami semua apabila melihat rupa paras pemilik skuter itu selepas dia menanggalkan helmetnya.
Buyung menyimpulkan apa yg kami semua lihat, "Hairan, Hello Kitty tapi GANAZZZ..."
Tiada seorang pun yg mencadangkan utk memerhatikan kalau2 tangan pemandu skuter itu patah ala2 Saloma. Malah, mencadangkan pula sesuatu yg di luar fikiranku.
"Alah, mungkin girlfriend dia bah yg suruh tu...", ulas Fat Babe.
"Matiiii lah kalau begitu... Kalau Powerpuff girl... Pengsan!", sampuk Vince pula.
"Kira2 dia ni mcm Shah Jehan la!", tambah ku pula yg entah knp ada angin pula utk buat lawak ptg itu. "Dia nda' mampu buat Taj Mahal, jadi dia buat Hello Kitty la utk girlfren diaaa!"
Kami semua ketawa.
Dlm kami ketawa beramai-ramai tu, aku teringat ttg satu perkara yg pelik tentang Kancil biru, WGU XXXX. Selain cermin tingkapnya yg telah digelapkan, malah gaya Kancil itu juga turut berubah. Ia kini lebih sporty dan boyish. Kalau tak kerana aku hafal nombor plat kereta Awek Kancil itu, sudah tentu aku tidak dpt mengecam Kancil itu lagi.
Aku tidak tahu kenapa aku berasa curiga dgn perkembangan terbaru ini.








